Bismillah.
Sedikit terlewat tapi rasanya belum terlambat untuk berkongsi cerita serta mencoret sepatah dua kisah Kembara di Sarawak. Tidak akan ada perkataan ataupun ayat yg mampu mengolah pengalaman dan kenangan baru di sana, namun saya cuba usahakan juga.
Kembara...Marvelous
Dari Semenanjung semasa di LCCT, perasaan saya bercampur baur antara teruja berada di tempat baru, dengan perasaan takut mengikuti program sampai 13 hari, terpanjang dalam sejarah hidup. Ternyata, perasaan excited masih berterusan ke hari ini walaupun program tersebut telah berlalu hampir 2 minggu lepas. Kenangan senyuman urusetia (k.ninie),
sorakan rakan kumpulan kembara (Kelontet, Tekoyong, Terubok, Kelibar), serta telatah gelagat pemimpin muda menghiasi keindahan perjalanan.
sorakan rakan kumpulan kembara (Kelontet, Tekoyong, Terubok, Kelibar), serta telatah gelagat pemimpin muda menghiasi keindahan perjalanan.
Alhamdulillah, setinggi penghargaan dan seikhlas ucapan terima kasih diucapkan buat warga urusetia dari UNIMAS yang bertungkus lumus menjayakan program serta KPT yang memberi sokongan. Jika sudi, jemputlah lagi. Kamek sik jeghat.. :)
-gambar beramai-ramai di Waterfall Annah Rais-
Tempat lawatan
Banyak untuk diceritakan perihal tempat lawatan, tapi saya fikir gambar akan lebih menjuarai perkongsian. Terasa seperti berada di dunia baru, setiap sudut pandangan tidak dilepaskan tanpa "klik" dari kamera dulu. Balik ke semenanjung, baru perasan memori untuk gambar mencapai 8Gb! Nasib baik 13 hari, kalau lama lagi alamatnya kena bawak hard disk lah. :)
Masyarakat tempatan
Antara perkara menarik tentang Sarawak ialah 27 kumpulan etnik nya. Namun kami hanya berkesempatan untuk mengenali lebih mendalam 7 etnik utama; Iban, Bidayuh, Melanau, Ulu, Penan, Melayu dan Cina melalui lawatan dan homestay. Keunikan budaya, kepercayaan, amalan tradisi, loghat bahasa, makanan, aktiviti harian, kesenian, adalah satu khazanah negara yg sangat bernilai. saya sendiri berpeluang belajar sedikit bahasa Melanau (selamet labik=selamat datang, Makan=Keman, Minum=Tuteng, Air=Nya'am @Anum, Siapa=Sai @Yai, Awak=Ka'au @Nou @Kan).
p/s: nti saya bukak kelas bahasa k bagi yg berminat. :)
seperkara lagi adalah berkenaan sambutan yg diberikan kepada kami. memang terbaek lah! rasa di rumah Iban je boleh minum air gas sampai 27 gelas. ;) tak lupa kepada Kampung Teh, yg terletak di Dalat, dalam Bahagian Mukah. penduduknya cukup peramah, cepat mesra. siap ade yg bermain pantun lg, sambil menikmati makanan tempatan yg dibuat berasaskan sagu seperti tebalui.
Peserta program
Peserta program
"perisa tambahan" kepada program dtg daripada peserta sendiri. 70 mahasiswa dari 24 IPT berlainan dipilih samada pemimpin di universiti masing2 atau bakal pemimpin tak kiralah pemimpin kelab, persatuan, atau MPP. antara perkara menarik utk dikongsi adalah bekalan "refreshment"- mula dengan tepuk terima kasih, kakiku kedepan, goyang2, sana sini senang, ulat bulu, kereta motosikal, cacing panjang pendek, dan bermacam lagi hinggalah kepada ingat itu remember. tak lupa juga kepada ramai sahabat baru pemimpin muda; Rahman, Ami, Mathew aka rummate, Nasey, Hafiz, Abg Kudin. Buat rakan senegeri; Jo, Abg Kudin, Chin, Baz, dan kawan dari Kedah, jom kita buat Kembara Kedah plak ye.. (saja nk mention nama Jo...) ;)
intipati penting kt sini bkenaan perkongsian idea dan nilai kepimpinan yg dipelajari. buat peserta kembara, malam "serah pada ketua, pura2 mati, panjat pokok, bincang dulu, biarkan makanan hanyut, keutamaan ilmu, dsb" mungkin menjadi malam terpenting utk pengajaran semua. jika dikenang semula, byk aksi dan gelagat yg tak pernah dilihat berlaku malam tu. pengalaman yg cukup menarik. ;)
"untuk menjadi pemimpin yg baik, telinga kena peka, hati kena terbuka"..
"perkara yg baik, jika diberitahu cara tak baik, susah utk didengar...
tapi perkara tak baik, jika diberitahu cara baik, senang mendapat perhatian..."
"Pemimpin mesti tajam dalam membaca isu dan sentiasa berlapang dada. Sasaran harus tepat dan sabar dalam melepaskan panahan"
"dari hari ke hari perbaiki diri dan berani untuk mencipta sejarah"...
wallahualam
sekadar berkongsi dulu apa yg termampu..kalau menulis panjang lagi, nti bosan pulak membaca. ;)
ada masa, saya akan cuba describe sedikit berkenaan dengan etnik serta kepercayaan, makanan, dan aktiviti harian..sehingga berjumpa lagi!
ingat-ingat itu remember...
jangan lupa itu don't forget...
saya sayang kamu, i love u...
hanya engkau only u.....
KEMBARA...MARVELOUS!!!
5 comments:
kenapa keseronokkan nyer terpancar2 kat blog...org yang bace ni pon tetibe excited..maklumlah..serawak which "ada kenangan yang best" mengenainya....cukup untuk sepanjang hayat....kamek sik tau padahnya..hahah mun kta g sia g..rasa kek sarawaknya.. susah polahnya..
hehehe...da update sal kembara ek...
bez2x...sarawak bez...=)
KEMBARA MARVELOUS!!!!
tuk asrul..ada sang ulat bulu, punya kaki seribu, sapa jumpa kakiku kakiku,jikalau x dpt, terpaksa ku melompat, dgn kaki seribu kurang satu...
p/s: hope 1 ari nnt kte sume dpt berkumpul ag seperti 1 family besar...=)
yesss~ nama aku ada. hahaha. berbanyagga gila aku ko sebut nama aku~ ngee
raihanah: memg sgt seronok.. ;) jom g sarawak lg...
ira: sarawak sgt best n marvellous..!! thanx 4 d ulat bulu refreshment.. ;)
insyaALLAH, plan la reunion mesti ramai yg akan join.
joe: aku lg berbangga dapat kwn mcm jo..nti ada masa, kte jmpe lagi bincang isu beruang dan pura2 mati k.. ^^
thanx my friends for the moments.. ;)
salam.if u on9 nanti..buzz my ym..hilang semua address bila tuka ym 10...virus..need to know bout the mpp :)
Post a Comment