Bismillah.
Takut juga sebenarnya menulis isu hangat di UDM sekarang. takut ada yang melabelkan saya sebagai pro kepada mana-mana pihak (HEPA, bebas, atau pro-aspirasi, pro-mahasiswa). Tapi hati saya melarang untuk takut kepada sesiapa, asalkan saya berhujah, berbincang, atas faktor keilmuan dan kemahasiswaan.
Post entry kali ini hanya permulaan cerita, kerana PRK UDM baru nak bermula. jadi, sekadar mengusik dan mengajak berdiskusi hal perjalanan pilihanraya. ;)
Urusan Notis, Memo dan Banner
Bermula PRK kali ini, saya rasa berbangga kerana buat pertama kalinya UDM menganjurkan pilihanraya. Satu perkembangan baru, tahniah buat warga pentadbiran. Cuma disini, saya agak gusar dan pelik sedikit dengan betapa tergesa-gesanya pilihanraya ini dibuat. Notis dan memo ditampal pada hari Isnin, hari Rabu dan Khamis tarikh pembelian borang. Buat warga kolej kediaman MAIDAM yang tinggal jauh di kota, bersusah payah berhemas pulaslah mengejar membeli borang di KUSZA dengan waktu kelas yang padat. Belum lagi memikirkan wang RM50 untuk membeli borang, RM150 lagi pada masa penamaan. Satu cadangan penambahbaikan, pihak sekretariat boleh menjual borang di Kampus KOTA. Maka setiap pelajar akan lebih terpanggil untuk bertanding. Hak yang sama rata patut diperolehi oleh semua warga UDM, tanpa membezakan kampus. :)
Kemudian saya berfikir, andai kawan2 calon saya membeli borang pada hari Khamis, 7 Januari sempat tak nak dapatkan tandatangan Dekan Fakulti, dan Dato' VC atau Dekan HEPA sebelum penamaan pada Ahad, 10 Januari? pada saya, masa agak singkat diperuntukkan. dan sekali lagi terdetik di hati, bagaimana agaknya rakan di Kolej Kediaman Maidam? bisik hati saya, tak mengapalah..dugaan dan cabaran melatih manusia menjadi pemimpin yang lebih baik. jadi, kalau ada pemimpin calon dari Maidam, anda harus bijak lagi pandai menguruskan cabaran seperti ini. kalau tak ada pengangkutan, beca kan ada? Murah lagi selamat... ;)
Buku Peraturan dan Panduan
Bukunya cantik. Tulisannya rapi. ;) tapi, ada beberapa perkara yg pada pandangan saya, tidak dijelaskan secara rapi. sebagai contoh, perkara 34 dalam bahagian Kewangan "seorang calon hanya dibenarkan berbelanja sebanyak sepuluh (10)sen daripada bilangan pengundi di kawasan yang ditandingi atau maksimum RM300.00 bagi tujuan berkempen. Calon yang melanggar peraturan ini akan dibatalkan pencalonannya". ;)
Proses Penamaan Calon
Penamaan calon pada hari ini, 10 Januari jam 9.00 - 12.00 tengahari. Masa bantahan, 12.00 - 1.00 tengahari. Pengumuman calon sekitar 2.00 petang. Tak mengikuti secara dekat, jadi lebih baik saya diamkan suasana dan situasi. Cuma hasil akhir yang saya dapat maklum,
- Kawasan Umum: 8 calon merebut 6 kerusi
- Kawasan Fakulti: 5 Fakulti menang "free" (yahoo! hehe) , 3 Fakulti bertanding; Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, dan Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan masing2 3 calon berebut 2 kerusi.
Tahniah, ini bermaksud ada sesi kempen dan mengundi bagi Calon Umum serta 3 kawasan Fakulti seperti disebutkan. Buat calon yang bertanding, semoga berjaya. Jangan lupa datang berkempen di Maidam dan Kota, kami pun rakyat marhaein UDM. ;)
dan buat calon yang telahpun menang tanpa bertanding, anda baru sahaja menggalas amanah dan tanggungjawab dari Allah yang sangat besar. mahasiswa/i di UDM sangat berharap kepada anda untuk memperjuangkan kebajikan mereka serta ramai antaranya mengharapkan program berunsurkan pembentukan modal insan yang lebih baik dari sebelumnya. Semoga kepimpinan anda berjaya membawa perubahan yang dinantikan. Wallahualam.
6 comments:
asrul berfikir apa yang sy fikir cuma sy sudah tiada semangat sperti asrul lagi dan saya sbnarnye rindu smangat itu dulu
kpd para pengundi yg mnanti2 kan prk udm, inilah masanya..jgn ckp berkobar2 sahaja sblum ni..tunaikan tgungjwb anda
ada lagi yg membuku dihati sebenarnya..tapi biarlah, x semua perkara boleh dikongsi secara umum.
apa pun, post kali ni cuma bertujuan untuk menasihati agar PRK sesi depan lebih baik dari ini. Lihat VISI dan MISI UDM untuk melahirkan pemimpin.
dan kepada pengundi diluar sana...hentikan memberi alasan..hulurkan pula sumbangan. ;)
huh?? spe menang tanpa bertanding tue?
ermm, nk senarai pemenang tanpa bertanding ke? ;)
kalau ade request, boleh nk publish kt blog ni.
tahniah UDM, anjur PRK kali pertama..semoga pembangunan mahasiswa terus menerus mendapat perhatian serius.
-pro-M-
Post a Comment