Followers

Sunday, January 17, 2010

"together we aspire, together we achieve"

Bismillah.

Mantan Setiausaha Agung II MPP
alhamdulillah, lebih setahun aku memegang amanah selaku wakil pelajar. wakil menyuarakan isi hati, menyampaikan masalah, serta menjadi perantara kepada pelajar dan pihak pentadbiran universiti. memperjuangkan kebajikan dan hak pelajar, merencana dan melaksanakan agenda pembangunan mahasiswa.

buat pertama kali, aku menulis selaku mantan. bukan lagi MPP. bukan lagi selaku wakil kepada organisasi tertinggi mahasiswa dalam sebuah universiti. tiada lagi mesyuarat atau perjumpaan bersama pihak pengurusan universiti untuk mempertahankan hak mahasiswa. tiada lagi surat dan dokumen yang boleh di tandatangani untuk meminta itu dan ini menuntut kebajikan kepada mahasiswa.

hari ini, semua itu tinggal sejarah. sebelum terlambat, aku ingin memohon kemaafan diatas segala kekhilafan dan kekurangan sepanjang setahun memegang jawatan. jika ada terkasar bahasa, maafkanlah...jika ada yang tidak kena, maafkanlah..jika ada dendam di dada, huraikanlah. jika ada janji dan hutang masih belum terlaksana, tuntutlah. jangan biarkan aku tinggalkan jawatanku dengan rasa lemah. harap diampunkan dan dimaafkan dosa yang lalu, agar menjadi pengubat hati merapatkan ukhwah.

dan jutaan terima kasih diucapkan buat semua yang setia menyokong dan membantu tak kiralah secara terus mahupun tidak. sesungguhnya bantuan dan sokongan yang kalian hulurkan amatlah bermakna buat kami. titik peluh anda kami hargai. penat lelah anda kami kagumi. segala-galanya anda lakukan dengan rela hati. terima kasih, terima kasih dan terima kasih.


pesanan dan cadangan kepada MPP 09/10
buat barisan kepimpinan yang baru. tahniah saya ucapkan. kini tiba giliran anda menunaikan amanah dan tggjwb. tiba saat dan masa mengotakan janji. manifesto yang menjadi taruhan, jangan disimpan untuk hiasan. jadikan kenyataan.

sekadar cadangan dari pengalaman. mulakan sesi 2009/ 2010 dengan satu anjakan. cipta satu momentum perubahan. lakukan reformasi besar-besaran. ubah paradigma pemikiran. sedikit lontaran idea dan pandangan:
1. hidupkan dan mulakan sudut pidato/ speaker corner di UDM (pastikan ada di dua2 kampus)
2. bincang untuk tubuhkan Parlimen Mahasiswa (pernah kami usulkan dengan nama Dewan Mahasiswa)
3. jalinkan hubungan yg erat dengan KPT (mulakan dengan lawatan)
4. jalankan kajian survey secepat mungkin (mendalami masalah dan kehendak mahasiswa UDM)
5. anjurkan Konvensyen/ Seminar dalaman universiti kpd semua organisasi mahasiswa (perincian sy dah bincangkan dengan Raihanah, Ritzuwan, dan Tarmizi)
6. bergerak dengan satu keluarga sekretariat
7. pergerakan mencari perintis


akhirul kalam
sy percaya barisan kepimpinan yg baru lebih hebat dan mantap. rakan2, abang2 dan adik2 yang penuh bersemangat. ditambah seri dengan kehadiran mantan MPP lama yg penuh pengalaman, serta ahli yang hebat dalam berpidato dan berhujah. insyaALLAH, kami akan sentiasa doakan kejayaan perjuangan anda. dari pihak kami, saya percaya rakan-rakan saya sentiasa bersedia berkongsi idea. kami akan sentiasa doakan kejayaan perjuangan anda. teruskan agenda pembangunan mahasiswa!
sekadar itu dahulu. wallahualam.

3 comments:

ira kecik said...

salam...

da abes tugas ek asrul?tahniah ek...segala tanggjwb dan amanah yg diberikn telah asrul lakukan...=)

RAIHANAH ROZAIMI :) said...

salam.. minit2 terakhir discussion dah xble nak concentrate koz energy for today dah abis...masuk telinga kiri kuar telinga kanan..katil jer terbayang2.but i dah tulis paper yg penting..nanti we gonna discuss bout that ASAP..

whuteva it is..thanx for the info..xsempt nak ckp paper... atleast i got a good brief for my next journey..

till then, =))

ASRUL ANWAR said...

ira...wsalam. tugas secara rasmi dah selesai, tp perjuangan x pernah selesai. alhamdulillah, asrul dah cuba lakukan yg terbaik. skrg terpulang kpd kepimpinan baru utk teruskan agenda pembangunan mahasiswa. ^^

raihanah...no problem, i always available if u need my help in anything k. insyaALLAH, dengan kerjasama antara barisan lama dan baru, moga2 perjuangan dan matlamat kita akan tercapai. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...