Followers

Showing posts with label UDM Issues. Show all posts
Showing posts with label UDM Issues. Show all posts

Friday, January 29, 2010

barisan kabinet baru MPPUDM sesi 09/10

Bismillah.

semalam (27 Januari 2010), satu majlis "Penghargaan dan Penyampaian Watikah Perlantikan MPP UDM bersama Pengurusan Tertinggi" telah berlangsung. Bermula pada jam 8.30 malam, bertempat di Hotel Primula dan disempurnakan oleh Dato Prof Dr Alias b Daud, Naib Canselor UDM. saya turut dijemput hadir selaku Mantan MPP untuk menerima sijil penghargaan. "majlis kecik dan menjimatkan kos ini" dihadiri oleh kira2 lebih 50 org staf dan 50 pelajar. Sekadar terdetik di hati kecik, alangkah indahnya kalau majlis ini diserikan di DABS..boleh jemput dan memuatkan lebih 2000 pelajar, sekaligus kenalkan barisan kabinet baru yg mana mereka inilah yg akan menjadi "suara" mahasiswa pd masa hadapan. x mengapa, mungkin pihak universiti nk bg kami makan sedap agaknye.. ;)

Sedikit pengenalan, peratusan keluar mengundi adalah 54.7%, dan undi tertinggi bagi kerusi umum disandang oleh Saudara Izzuddin dengan undi sekitar 18++...
Balik kepada topik asal, atas permintaan ramai dan rasa tggjwb menyebarkan, saya kongsi bersama barisan kabinet baru untuk tatapan semua.
*sebarang kesilapan pada nama, harap dimaafkan


Kabinet MPP 2009/ 2010
Timbalan Presiden I : Muhammad Izzuddin b Mohd Rosli
Timbalan Presiden II: Hawa Mardhiah bt Ali
Setiausaha Agung I: Muhammad Faiz b Mohd Razali
Setiausaha Agung II: Norfatehah bt Azmi
Bendahari Kehormat: Muhammad bin Zulkifli

Exco Akademik & Integriti:
1. Nurul Azsikin (FUHA)
2. Norhayati (FPB)

Exco Penerangan dan Komunikasi
1. Nor Shamimi (FBK)
2. Farah Syafiqa (FBK)

Exco Pembangunan Sahsiah &Kerohanian:
2. Syarifah Nurul Ikhlas (FPKI)

Exco Penyelidikan & Inovasi:
1. Muhammad Ritzuwan Sydi (FTM)
2. Syuhada (F3P)

Exco Pembangunan Sukan dan Rekreasi:
1. Mohd Tarmizi (FTM)
2. Norliyana (FRIT)

Exco Kesihatan & Alam Sekitar:
1. Raihanah (FPSK)
2. Nurol Husna (FIT)

Exco Persatuan, Kelab, Sekretariat dan Kolej Kediaman:
1. Adam (FUHA)
2. Ili Aisyah (FPB)

Exco Kebajikan & Pembangunan Pelajar:
1. Shariff (F3P)
2. Nur Shazwani (FIT)

Exco Perpaduan & Kebudayaan:
1. Muhammad Naim (FRIT)
2. Fatin Nabila (FPSK)

Analisis Ringkas
Banyak perubahan ketara...
Dua exco yang digugurkan= Exco Usahawan dan Kerjaya serta Exco Hubungan Luar dan Serantau
Exco Modal Insan dikatakan ditukar nama kepada "Pembangunan Pelajar" @ "Pembangunan Sahsiah dan Kerohanian"
Exco baru= Exco Penyelidikan & Inovasi, serta Exco Kesihatan dan Alam Sekitar
Nama bagi Exco Akademik dan Exco Kebudayaan diperbaharui seperti diatas.

Penutup
harap barisan kabinet baru cepat2 buat perjumpaan dengan pelajar, kenalkan diri..jelaskan pertukaran exco, nama baru exco, tugas dan skop kerja serta rasionalnya.
pendapat dan pandangan berkenaan barisan kepimpinan baru? kesesuaian exco? pandapat berkenaan rombakan exco? pendapat tentang Pilihanraya Kampus UDM? dan sebarang cadangan atau idea bernas yg boleh dikongsi bersama? anda dialu-alukan berbuat demikian disini. tiada halangan atau sekatan. "freedom before and after speech".. ^^

sekadar itu dahulu..salah dan silap harap dimaafi. wallahualam.


Sunday, January 17, 2010

"together we aspire, together we achieve"

Bismillah.

Mantan Setiausaha Agung II MPP
alhamdulillah, lebih setahun aku memegang amanah selaku wakil pelajar. wakil menyuarakan isi hati, menyampaikan masalah, serta menjadi perantara kepada pelajar dan pihak pentadbiran universiti. memperjuangkan kebajikan dan hak pelajar, merencana dan melaksanakan agenda pembangunan mahasiswa.

buat pertama kali, aku menulis selaku mantan. bukan lagi MPP. bukan lagi selaku wakil kepada organisasi tertinggi mahasiswa dalam sebuah universiti. tiada lagi mesyuarat atau perjumpaan bersama pihak pengurusan universiti untuk mempertahankan hak mahasiswa. tiada lagi surat dan dokumen yang boleh di tandatangani untuk meminta itu dan ini menuntut kebajikan kepada mahasiswa.

hari ini, semua itu tinggal sejarah. sebelum terlambat, aku ingin memohon kemaafan diatas segala kekhilafan dan kekurangan sepanjang setahun memegang jawatan. jika ada terkasar bahasa, maafkanlah...jika ada yang tidak kena, maafkanlah..jika ada dendam di dada, huraikanlah. jika ada janji dan hutang masih belum terlaksana, tuntutlah. jangan biarkan aku tinggalkan jawatanku dengan rasa lemah. harap diampunkan dan dimaafkan dosa yang lalu, agar menjadi pengubat hati merapatkan ukhwah.

dan jutaan terima kasih diucapkan buat semua yang setia menyokong dan membantu tak kiralah secara terus mahupun tidak. sesungguhnya bantuan dan sokongan yang kalian hulurkan amatlah bermakna buat kami. titik peluh anda kami hargai. penat lelah anda kami kagumi. segala-galanya anda lakukan dengan rela hati. terima kasih, terima kasih dan terima kasih.


pesanan dan cadangan kepada MPP 09/10
buat barisan kepimpinan yang baru. tahniah saya ucapkan. kini tiba giliran anda menunaikan amanah dan tggjwb. tiba saat dan masa mengotakan janji. manifesto yang menjadi taruhan, jangan disimpan untuk hiasan. jadikan kenyataan.

sekadar cadangan dari pengalaman. mulakan sesi 2009/ 2010 dengan satu anjakan. cipta satu momentum perubahan. lakukan reformasi besar-besaran. ubah paradigma pemikiran. sedikit lontaran idea dan pandangan:
1. hidupkan dan mulakan sudut pidato/ speaker corner di UDM (pastikan ada di dua2 kampus)
2. bincang untuk tubuhkan Parlimen Mahasiswa (pernah kami usulkan dengan nama Dewan Mahasiswa)
3. jalinkan hubungan yg erat dengan KPT (mulakan dengan lawatan)
4. jalankan kajian survey secepat mungkin (mendalami masalah dan kehendak mahasiswa UDM)
5. anjurkan Konvensyen/ Seminar dalaman universiti kpd semua organisasi mahasiswa (perincian sy dah bincangkan dengan Raihanah, Ritzuwan, dan Tarmizi)
6. bergerak dengan satu keluarga sekretariat
7. pergerakan mencari perintis


akhirul kalam
sy percaya barisan kepimpinan yg baru lebih hebat dan mantap. rakan2, abang2 dan adik2 yang penuh bersemangat. ditambah seri dengan kehadiran mantan MPP lama yg penuh pengalaman, serta ahli yang hebat dalam berpidato dan berhujah. insyaALLAH, kami akan sentiasa doakan kejayaan perjuangan anda. dari pihak kami, saya percaya rakan-rakan saya sentiasa bersedia berkongsi idea. kami akan sentiasa doakan kejayaan perjuangan anda. teruskan agenda pembangunan mahasiswa!
sekadar itu dahulu. wallahualam.

Sunday, January 10, 2010

pra-Pilihanraya Kampus UDM (pra-PRK)

Bismillah. 


Takut juga sebenarnya menulis isu hangat di UDM sekarang. takut ada yang melabelkan saya sebagai pro kepada mana-mana pihak (HEPA, bebas, atau pro-aspirasi, pro-mahasiswa). Tapi hati saya melarang untuk takut kepada sesiapa, asalkan saya berhujah, berbincang, atas faktor keilmuan dan kemahasiswaan.

Post entry kali ini hanya permulaan cerita, kerana PRK UDM baru nak bermula. jadi, sekadar mengusik dan mengajak berdiskusi hal perjalanan pilihanraya. ;)

Urusan Notis, Memo dan Banner
Bermula PRK kali ini, saya rasa berbangga kerana buat pertama kalinya UDM menganjurkan pilihanraya. Satu perkembangan baru, tahniah buat warga pentadbiran. Cuma disini, saya agak gusar dan pelik sedikit dengan betapa tergesa-gesanya pilihanraya ini dibuat. Notis dan memo ditampal pada hari Isnin, hari Rabu dan Khamis tarikh pembelian borang. Buat warga kolej kediaman MAIDAM yang tinggal jauh di kota, bersusah payah berhemas pulaslah mengejar membeli borang di KUSZA dengan waktu kelas yang padat. Belum lagi memikirkan wang RM50 untuk membeli borang, RM150 lagi pada masa penamaan. Satu cadangan penambahbaikan, pihak sekretariat boleh menjual borang di Kampus KOTA. Maka setiap pelajar akan lebih terpanggil untuk bertanding. Hak yang sama rata patut diperolehi oleh semua warga UDM, tanpa membezakan kampus. :)

Kemudian saya berfikir, andai kawan2 calon saya membeli borang pada hari Khamis, 7 Januari sempat tak nak dapatkan tandatangan Dekan Fakulti, dan Dato' VC atau Dekan HEPA sebelum penamaan pada Ahad, 10 Januari? pada saya, masa agak singkat diperuntukkan. dan sekali lagi terdetik di hati, bagaimana agaknya rakan di Kolej Kediaman Maidam? bisik hati saya, tak mengapalah..dugaan dan cabaran melatih manusia menjadi pemimpin yang lebih baik. jadi, kalau ada pemimpin calon dari Maidam, anda harus bijak lagi pandai menguruskan cabaran seperti ini. kalau tak ada pengangkutan, beca kan ada? Murah lagi selamat... ;)


Buku Peraturan dan Panduan





Bukunya cantik. Tulisannya rapi. ;)  tapi, ada beberapa perkara yg pada pandangan saya, tidak dijelaskan secara rapi. sebagai contoh, perkara 34 dalam bahagian Kewangan "seorang calon hanya dibenarkan berbelanja sebanyak sepuluh (10)sen daripada bilangan pengundi di kawasan yang ditandingi atau maksimum RM300.00 bagi tujuan berkempen. Calon yang melanggar peraturan ini akan dibatalkan pencalonannya". ;)


Proses Penamaan Calon
Penamaan calon pada hari ini, 10 Januari jam 9.00 - 12.00 tengahari. Masa bantahan, 12.00 - 1.00 tengahari. Pengumuman calon sekitar 2.00 petang. Tak mengikuti secara dekat, jadi lebih baik saya diamkan suasana dan situasi. Cuma hasil akhir yang saya dapat maklum,
- Kawasan Umum: 8 calon merebut 6 kerusi
- Kawasan Fakulti: 5 Fakulti menang "free" (yahoo! hehe) , 3 Fakulti bertanding; Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, dan Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan masing2 3 calon berebut 2 kerusi.


Tahniah, ini bermaksud ada sesi kempen dan mengundi bagi Calon Umum serta 3 kawasan Fakulti seperti disebutkan. Buat calon yang bertanding, semoga berjaya. Jangan lupa datang berkempen di Maidam dan Kota, kami pun rakyat marhaein UDM. ;)


dan buat calon yang telahpun menang tanpa bertanding, anda baru sahaja menggalas amanah dan tanggungjawab dari Allah yang sangat besar. mahasiswa/i di UDM sangat berharap kepada anda untuk memperjuangkan kebajikan mereka serta ramai antaranya mengharapkan program berunsurkan pembentukan modal insan yang lebih baik dari sebelumnya. Semoga kepimpinan anda berjaya membawa perubahan yang dinantikan. Wallahualam.

Saturday, November 21, 2009

revolusi kepimpinan mahasiswa

salam kepimpinan mahasiswa dan salam perpaduan.

belakangan ini, saya diajukan dengan beberapa persoalan yang membuat saya berfikir panjang untuk mencari jawaban. persoalan yang diajukan juga bukanlah boleh dijawab sewenangnya kerana ia adalah sesuatu yang abstrak. bila ditimbulkan isu pendapat, maka sudah pasti akan ada yang setuju dan tidak serta akan ada yang mengkritik dan memuji, lumrah dinamika kehidupan. tambahan pula jika pendapat yg diberikan berbeza dari pemikiran sang penanya, atau berbeza daripada kebiasaan, maka kritikan dan tuduhan akan lebih berkuasa dari perdebatan keilmuan.

persoalan yang dimaksudkan adalah persoalan mengenai hakiki kualiti kepimpinan mahasiswa nasional amnya, dan kualiti kepimpinan mahasiswa UDM khasnya. bersediakan pemimpin muda hari ini untuk berdepan dengan kepimpinan nasional di masa akan datang? atau kita cuma berada ditahap memuaskan? atau benarkah kata sesetengah pihak, kepimpinan mahasiswa hari ini tidak ada bezanya seperti kepimpinan di zaman sekolah menengah? anda jawab, anda nilai.


buat kali ini, cukup dulu sekadar ungkapan dan ulasan isu kepimpinan mahasiswa di universiti tercinta. dari perspektif kaca mata penulis, kepimpinan mahasiswa di UDM masih banyak yang harus dibaiki. bukan bermakna kepimpinan mahasiswa kita lemah, tetapi masih boleh dipertingkatkan. secara ringkas, boleh dirumuskan antara faktor utama masalah ini ialah disebabkan usia universiti kita yang masih muda dimana secara signifikan nya, pentadbiran dari pihak paling kanan universiti hinggalah kepada HEPA dan akhir sekali persatuan pelajar, masih banyak kerompongan dari segi sistem. Dan perkara ini bukanlah mudah untuk dikemas dan diperbetulkan, jika tiada iltizam secara bersungguh-sungguh beserta semangat yang kuat. Seterusnya, faktor yang turut menyumbang adalah persediaan perintis kepimpinan yang baru. Sekalipun ada mana-mana kepimpinan yang cemerlang, ianya akan terhenti selepas kepimpinan baru mengambil alih. Dan antara lain, mahasiswa telah lama terkongkong dengan AUKU dan pihak HEPA juga sudah biasa dengan pengamalan sistem tersebut justeru, untuk perubahan ketara dalam tempoh sehari dua, mustahil.


walaubagaimanapun, penulis berpendapat satu kajian khusus harus dijalankan berkenaan isu ini untuk menilai sajauh mana pencapaian kepimpinan mahasiswa UDM hari ini serta melihat permasalahan secara nyata, bukan lagi secara maya. melihat dari perspektif keilmuan dan kenyataan, bukan lagi omongan dan fantasi. hal ini penting agar kita dapat benar-benar mendalami permasalahan utama, seterusnya satu cadangan penyelesaian dapat dikemukakan untuk implementasi bersama.
persoalan normal, siapa yang nak jalankan kajian? dimana harus dimulakan? bagaimana kaedah kajian? disini ingin dicadangkan agar semua "mantan" kepimpinan tidak kira MPP, Persatuan Fakulti, Kolej Kediaman, mahupun persatuan dan kelab, kita bersama berganding bahu mengadakan persidangan khas dalam melaksanakan kajian tersebut. jika perlu, kita boleh adakan satu seminar melibatkan semua kepimpinan semasa dan kepimpinan terdahulu atau jika mampu, melibatkan semua pelajar. penulis mencadangkan kepada mantan atas alasan mantan kepimpinan lebih memahami dan telah berpengalaman secara lebih mendalam selok belok kancah kepimpinan UDM selain memberi peluang kepada kepimpinan semasa untuk meletakkan fokus utama menjalankan misi dan visi masing2.

cadangan ini dikemukakan bukanlah untuk menyusahkan mana-mana pihak, tetapi semata-mata untuk melihat satu fenomena revolusi kepimpinan mahasiswa sebelum penulis menamatkan pengajian. mohon komentar-komentar konstruktif dan membina, serta sila link kan post ini agar perbincangan berjaya mencapai matlamat. semoga kita semua beroleh keberkatan daripada-Nya dalam menjalankan kewajipan selaku khalifah dimuka bumi.
wallahualam..Jazakumullahukhairan kathira

Sunday, November 01, 2009

Good Luck for Final!

salam persaudaran....

sedikit terlambat, tapi masih tak terlewat..untuk UDM, hari ini merupakan hari pertama bermulanya "final exam". justeru, saya nak ucapkan semoga berjaya menjawab soalan dengan yakin lagi tepat, insyaALLAH kita bakal beroleh kemanisan dan kegemilangan di slip peperiksaan nanti.

di kesempatan ini juga, saya sekali lagi ingin menzahirkan keikhlasan memohon maaf kepada semua individu jika ada terguris dihati, atau apa sahaja kesalahan sama ada secara zahir mahupun tidak.

Sekian, Jazakumullahukhairan kathira...wallahualam.

Saturday, September 12, 2009

Tahniah Surau Maidam

Salam muhibbah, salam perpaduan mahasiswa.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada warga organisasi ahli jawatankuasa surau yang baru ditubuhkan pada 11 September 2009 (Jumaat). Moga dengan adanya satu organisasi, surau kita akan lebih berseri-seri dan sering dipenuhi penghuni.

Berikut dipaparkan ahli jawatankuasa yang telah dipersetujui:
- Pengerusi: Saudara Mohideen Mohd Isa
- Timbalan Pengerusi 1: Saudara Dani
- Timbalan Pengerusi 2: Saudari Nor Juaini Mat Jusoh
- Setiausaha: Saudara Syimir
- Bendahari: Saudari Suriani
- Exco:
a) Exco Pembangunan Surau: Raf'ie
b) Exco Penerangan dan Tarbiyah: Nur Syamimi Ramlan
c) Exco Hal Ehwal Muslimah: Nik Nur Erlina, Maimunah
d) Exco Keceriaan: Siddiq

Aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan:
a) Seminggu ramadhan- Bacaan Mathurat, Tazkirah, Qiyamullail
b) Aktiviti Harian- Mathurat selepas subuh, Kelas Al-Furqan selepas Zohor, Tadarus selepas Asar, dan Bacaan Hadis dari setiap wakil kursus pengajian pada waktu Maghrib
c) Aktiviti Mingguan- Kelas Al-Furqan, Bacaan Yassin, aktiviti Usrah, Ceramah, dll

Semoga aktiviti yang dirancang berjaya mencapai matlamat dalam mengimarahkan surau, InsyaALLAH.

"together we aspire, together we achieve"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...