Salam Readers.
Lama sudah aku meninggalkan MPP. Berakhir sesi 2008/2009, dan bermula era MPP baru 2009/2010, aku terus berdiam. Setahun memerhati, melihat secara dekat, belajar secara mendengar dan berhujah mencari kaedah, aku fikir ini masa tepat untuk membincangkan beberapa teori
Buat bakal MPP
kalian harus menjiwai fungsi dan tggjwb sebenar MPP. Jawapan mudah, penghubung antara pelajar dan HEPA/ pihak pentadbiran. Saya lebih suka menafsirkan MPP selaku penghubung antara pelajar dan masyarakat; kerajaan, kementerian, pihak universiti, media, usahawan, industri, dan setiap lapisan masyarakat yang lain. Bermaksud, MPP mempunyai bidang tugas yang sangat luas.
KEDUA,
tugas hakiki MPP adalah selaku wakil suara mahasiswa kepada pihak universiti. Menyelesaikan tuntutan hak yang rasional, menjadi wakil suara dalam menggubal polisi universiti, lebih vokal dalam menyampaikan isu-isu kebajikan pelajar, selain berusaha untuk menaikkan nama universiti dimata masyarakat. Dato' Saifuddin Abdullah pernah menyebut, MPP adalah KERAJAAN kepada mahasiswa. Maka saya fikir jika MPP gagal dalam menjadi suara mahasiswa, maka anda sebenarnya kerajaan yang gagal dan zalim (cuai dlm melaksanakan hak dan tggjwb, ayat 82 surah Al-An'am).
KETIGA,
MPP harus lebih fokus kepada isu-isu besar yang telah menjadi topik "zaman-berzaman". Isu air, isu wireless, isu yuran mahal, isu pembangunan universiti yang dilihat membazir dan tidak bermanfaat, isu kemudahan infrastruktur terhad, isu pembangunan softskill, isu Kampus Besut, dsb.
(insyaALLAH akan dibincangkan panjang lebar dalam entri akan datang...kalau sempat..hehe)
KEEMPAT,
MPP disyorkan agar lebih "mengiktiraf" suara mahasiswa. Mengiktiraf dimaksudkan dengan selalu berKOMUNIKASI bertukar pandangan melalui media (FB, Blog,........), kaunter aduan kebajikan, melalui SURVEY, mesyuarat secara berkala, dan banyak lagi kaedah lain.
KELIMA,
aku berpendapat harus ada pembaharuan dari MPP. tukar konsep utk fokus hanya kepada ISU-ISU kebajikan khususnya. Serahkan program kepada persatuan fakulti, kolej kediaman, akademik dan non-akademik untuk mereka uruskan KECUALI program besar dan berimpak tinggi. Maka, persatuan2 yg sangat byk di UniSZA bakal menjadi lebih aktif, taklah mandom dan program anjuran mereka akan lebih berkualiti. Dalam masa yang sama, MPP menjadi pemantau utama dalam setiap program tersebut. Dengan tujuan mengelakkan pertindihan masa, pertindihan konsep, malah MPP boleh berfungsi dengan integrasikan satu program diuruskan oleh beberapa persatuan. Tenaga kerja dan sambutan insyaALLAH akan lebih meluas dan banyak kan? ^^
InsyaALLAH sekadar itu dulu. Ini pun dah terlebih panjang..huhu. AMPUN sebab panjang sangat, tapi memang takleh "cut" dah...hehe
- e.n.d -
~ gambar hiasan ~
15 comments:
salam...
pok cik pun dah lama x mengomen kat blog2 ni sebab pok cik punya blog pun dah berabuk...
anyway apa yg anak kata kan tu btol dan benar2 belaka dan sememangnya yg akan naik itu memiliki fikrah mahasiswa fitrah pemikiran mahasiswa insha Allah mahasiswa semua bahagia :)
skrg mmg musim pilihanraya eh? xpenah duh aku mengundi~ T____T
tapi xpe kot sebab aku x penah komplen2.. so camna? students yg x kesah ape jadi, rasa semua dah cukup (xde ape2 isu nak diketengahkan), kalau x mengundi, mcm mana?
hehe...like2 : )
aizat-
wsalam. meh cnie aku tolg tiup abuk..
anak menulis ni sebab rasa teringin nk tengok ANGIN PERUBAHAN kat UniSZA ni....kalau yang ATAS-ATAS liat nk tukar pun, paling kurang dapat membantu perubahan dari bawah pun jadilah kn. ^^
adiL-
lorh..nape xpenah mengundi? kau x daftar mgundi ke, x cukp umo? :D
mengundi tu tggjwb bro..
maJ- ^^
thanx...jomla, kita "kerjasama" tulis ape yg patot diubahkan di peringkat MPP nie..
Salam, I guess thatb UniSZa has many great MPP like Hawa Mardhiyah from BEN!
rndu mpp time korg ;)
sy suka bca tkisan asrul, mst bernas pndangan nya
yep sume ni amat bguna utk pnduan MPP sesi baru ini. smoga dpt mmbwa perubahan yg baik pada UniSZA
ada yang lebih penting dan mengujakan kepimpinan sepatutnya daripada mendapatkan atau memenuhi kebahagiaan fizikal. atau memenangi hati mahasiswa secara mentaliti. kebahagiaan emosi. tapi ada satu perkara yang mahasiswa hilang dimakan makhluk budaya dari seberang sana, mahasiswa termakan konspirasi yahudi antarabangsa secara dibawah sedar. nasihat buat pimpinan mahasiswa ...mnujulah kebahagiaan mahasiswa dari sudut spiritual. Mahasiswa berasa bertuhan, belajar dan menjana perkembangan ilmiah dan membangun akhlak mulia kerana iman kepada Allah.
sekian
ayuni- great MPP depends on the team. but a credit can be given for extra work done. ^^
eQa- rindu jugak "clique" seangkatan...hehe. ^^
thanx eqa...cuma tulisan dari pengalaman..harap MPP baru ambil iktibar. tggal 2 bulan je lagi dah nk abis blajar. arap2 sempat nk tgok something berubah.
nabil- a word from you is like a gold...wish u are here, sharing ideas again. ^^
ouh, student unisza rupanya :)
yes2, student unisza.. :)
Post a Comment