Followers

Tuesday, November 02, 2010

"Winter" di Terengganu

Salam Readers.

Pernah tak merasa WINTER di Malaysia "oh tanah airku" ? Mesti tak pernah kan? Sebab Malaysia adelah negara beriklim tropika (equatorial), mempunyai kelembapan yang tinggi dan purata hujan sekitar 250cm.. *terima kasih cikgu geografi, cikgu rosliza yg telah mengajar aku tanpa segan dan jemu*

Kita ada satu musim je, panas dan lembap sepanjang tahun. Jadi, takde peluang lah nak merasa semua Winter, Summer, Spring, Autumn..jangan plak nanti ade yang tiba2 claim daun pokok kt rumah dye gugur, tu musim autumn..memang nk kene tempeleng lah tu~

Tapi yang best nye, kt negara Terengganu nie laen sikit. Bak kate mantan MB Terengganu, Dato Idris Jusoh, "tiada halangan, hanya peluang". in conjunction to that, tiada halangan jugaklah untuk berwinter disini.

Saya dengan ini mengesyorkan sedara-sedara dan sedari-sedari sekalian untuk datanglah merasa sendiri musim winter disini. Best! Winter cuaca di luar, Summer di bawah selimut dalam bilik...haaa, dah dua musim dah tu.   ^-^
* belom masok cerita pokok stevia yang ku tanam keguguran- Autumn pulak... sigh~

Hujan yang turun bagaikan mutiara; Sudirman
Jemput beramai2 datang ke Terengganu mengutip "mutiara-mutiara" yang tersangatlah banyaknye, sampaikan rakyat Terengganu pun dah tak kesah..biar je mutiara tu jatuh dan berkeliaran begitu sahaja. sampaikan bila mutiara tu jatuh keguguran aje, orang-orang disini pun jatuh keguguran atas katil gak...setelah borong siap-siap barang basah dengan banyaknya di Maidin "belilah barangan buatan Malaysia", maka sesi berhibernasi pun bermula.

Musim WINTER yang sejuk!
suhu sekitar 21 darjah selsius. (ini cerita rekaan, takde kaitan antara yang hidup dan mati)
kelembapan berada di tahap yang membimbangkan. bila-bila masa, tanah-tanah di kawasan yang mempunyai lapisan "hard pant" akan mula TEPU dan kebanjiran bakal berlaku.
tapi insyaALLAH, lepas satu projek mega *RM500 juta!* empangan yang baru dibina siap, maka bakal lebih selesa sikitlah rakyat-rakyat untuk menghadapi winter yang best ni.

Monsun Cup
inilah part yang paling best dalam Edisi "winter di terengganu" pada majalah kali ini. Monsup Cup or also known as "Formula One of Sailing" bakal membariskan nama-nama besar seperti Michael Schumacher, Fernando Alonso dengan memacu Aprilia, Yamaha, Ducati dan banyak lagi. (jangan percaya cerita dongeng k). untuk maklumat lanjut, sila hubungi kaunter pertanyaan Monsoon Cup... ;D
so dapatlah kami separa rakyat Terengganu ni menyaksikan satu event yang telah pun diiktiraf oleh World Match Racing Tour sebagai pemberi hadiah keDUA terbanyak di dunia bernilai RM 1 million. World Even tau!

Kesimpulan
Kesimpulan nya disini, Terengganu adelah negeri yang best (yeke?). Dapat merasa musim Winter di luar Summer di dalam, boleh main air mase banjir, dapat tengok world class Monsoon Cup, dan banyak lagi...jadi, marilah sertai kami dalam rancangan "Jom Pi Terengganu"!



5 comments:

me_nazri said...

gile cam beruang ko...tido je musim sejuk nih.....

tandakan dalam kalendar ko siap pergi serang moonsun cup nnti

ASRUL ANWAR said...

jom!!!
aku akan pastikan diri ku ini enjoy abes-abesan mase monsoon cup nti

Unknown said...

tyme mOnsoOn cup jgn lupe pegi sOkong zAct utk gAme kAyak!
hehehhee..

ASRUL ANWAR said...

olraiytt..lawan kt mane nti?

Anonymous said...

'winter' ni jugak la sbbkan hbis kumbang2 aku lari, sbar je la huhu..pepn ni la pglman merasai 'winter' di bumi tganu ni hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...