Followers

Saturday, November 21, 2009

revolusi kepimpinan mahasiswa

salam kepimpinan mahasiswa dan salam perpaduan.

belakangan ini, saya diajukan dengan beberapa persoalan yang membuat saya berfikir panjang untuk mencari jawaban. persoalan yang diajukan juga bukanlah boleh dijawab sewenangnya kerana ia adalah sesuatu yang abstrak. bila ditimbulkan isu pendapat, maka sudah pasti akan ada yang setuju dan tidak serta akan ada yang mengkritik dan memuji, lumrah dinamika kehidupan. tambahan pula jika pendapat yg diberikan berbeza dari pemikiran sang penanya, atau berbeza daripada kebiasaan, maka kritikan dan tuduhan akan lebih berkuasa dari perdebatan keilmuan.

persoalan yang dimaksudkan adalah persoalan mengenai hakiki kualiti kepimpinan mahasiswa nasional amnya, dan kualiti kepimpinan mahasiswa UDM khasnya. bersediakan pemimpin muda hari ini untuk berdepan dengan kepimpinan nasional di masa akan datang? atau kita cuma berada ditahap memuaskan? atau benarkah kata sesetengah pihak, kepimpinan mahasiswa hari ini tidak ada bezanya seperti kepimpinan di zaman sekolah menengah? anda jawab, anda nilai.


buat kali ini, cukup dulu sekadar ungkapan dan ulasan isu kepimpinan mahasiswa di universiti tercinta. dari perspektif kaca mata penulis, kepimpinan mahasiswa di UDM masih banyak yang harus dibaiki. bukan bermakna kepimpinan mahasiswa kita lemah, tetapi masih boleh dipertingkatkan. secara ringkas, boleh dirumuskan antara faktor utama masalah ini ialah disebabkan usia universiti kita yang masih muda dimana secara signifikan nya, pentadbiran dari pihak paling kanan universiti hinggalah kepada HEPA dan akhir sekali persatuan pelajar, masih banyak kerompongan dari segi sistem. Dan perkara ini bukanlah mudah untuk dikemas dan diperbetulkan, jika tiada iltizam secara bersungguh-sungguh beserta semangat yang kuat. Seterusnya, faktor yang turut menyumbang adalah persediaan perintis kepimpinan yang baru. Sekalipun ada mana-mana kepimpinan yang cemerlang, ianya akan terhenti selepas kepimpinan baru mengambil alih. Dan antara lain, mahasiswa telah lama terkongkong dengan AUKU dan pihak HEPA juga sudah biasa dengan pengamalan sistem tersebut justeru, untuk perubahan ketara dalam tempoh sehari dua, mustahil.


walaubagaimanapun, penulis berpendapat satu kajian khusus harus dijalankan berkenaan isu ini untuk menilai sajauh mana pencapaian kepimpinan mahasiswa UDM hari ini serta melihat permasalahan secara nyata, bukan lagi secara maya. melihat dari perspektif keilmuan dan kenyataan, bukan lagi omongan dan fantasi. hal ini penting agar kita dapat benar-benar mendalami permasalahan utama, seterusnya satu cadangan penyelesaian dapat dikemukakan untuk implementasi bersama.
persoalan normal, siapa yang nak jalankan kajian? dimana harus dimulakan? bagaimana kaedah kajian? disini ingin dicadangkan agar semua "mantan" kepimpinan tidak kira MPP, Persatuan Fakulti, Kolej Kediaman, mahupun persatuan dan kelab, kita bersama berganding bahu mengadakan persidangan khas dalam melaksanakan kajian tersebut. jika perlu, kita boleh adakan satu seminar melibatkan semua kepimpinan semasa dan kepimpinan terdahulu atau jika mampu, melibatkan semua pelajar. penulis mencadangkan kepada mantan atas alasan mantan kepimpinan lebih memahami dan telah berpengalaman secara lebih mendalam selok belok kancah kepimpinan UDM selain memberi peluang kepada kepimpinan semasa untuk meletakkan fokus utama menjalankan misi dan visi masing2.

cadangan ini dikemukakan bukanlah untuk menyusahkan mana-mana pihak, tetapi semata-mata untuk melihat satu fenomena revolusi kepimpinan mahasiswa sebelum penulis menamatkan pengajian. mohon komentar-komentar konstruktif dan membina, serta sila link kan post ini agar perbincangan berjaya mencapai matlamat. semoga kita semua beroleh keberkatan daripada-Nya dalam menjalankan kewajipan selaku khalifah dimuka bumi.
wallahualam..Jazakumullahukhairan kathira

Monday, November 02, 2009

Kisah Dr Asri

salam perpaduan, dan salam 1 Malaysia tercinta..


sekitar jam 1 pagi tadi, saya cukup terkejut dengan satu mesej yg dihantar oleh sahabat baik MUSTAQIM DARUS  "Dr Asri kena tangkap"...dari mata mengantuk tengah study "Entomology", terus segar. bingkas saya bangun dan online untuk mencari berita gempar berkenaan.

- situasi di lokasi Dr Asri ditahan -

Ya ALLAH, Dr Asri kena tahan oleh JAIS atas alasan "Kuliah tanpa tauliah". dan ketika berada di lokasi tempat ditahan, pegawai JAIS turut menyebut perkataan "Dr Asri berfahaman  wahabi". Rakaman eksklusif Penangkapan Dr Mohd Asri Sumber: You Tube, Paradisewood Dr Maza. untuk lebih maklumat lanjut rentetan cerita;

- jam 12.15 tengah malam: sepasukan daripada anggota JAIS bersama sekitar 30 orang polis membuat tangkapan. sumber: Harakah Daily
- sekitar jam 3 pagi: Dr Asri dibebaskan, satu sidang media ringkas diadakan. sumber: Harakah Daily.
- 9 pagi: Dr Asri tiba di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Keramat untuk dakwaan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.
- 11.40 pagi: 2 orang pegawai JAIS tiba. 1 bon jaminan diadakan, pertuduhan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor, kepada satu perjanjian yang baru di mana Mohd Asri mungkin dipanggil oleh JAIS untuk siasatan lanjut. sumber: Mstar Online
- 1.50 petang: Dr Asri berada di Hotel Putra KL, menerima jemputan perbincangan bersama Datuk Jamil Khir. sumber: Minda Tajdid


- Dr Asri bersama media -

- Dr Asri menunjukkan surat dakwaan dari JAIS -


sehingga post ini ditulis, Dr Asri masih berada di Hotel Putra berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom. berikut dipaparkan sedikit sebanyak reaksi dan respons;

1. Ulasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. sumber: Mstar Online
2. Ulasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom. Sumber: Sinar Harian
3. Ulasan daripada Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim. Sumber: Mstar Online
4. Komen daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato Saifuddin Abdullah. Sumber: Facebook Dato Saifuddin
4. Ulasan daripada Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi. Sumber: blog episodeperjuangan
5. Ulasan daripada KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Sumber: Mstar Online
6. Mesej daripada Tun Abdul Rahman Yaakub. Sumber: Minda Tajdid


Pandangan saya:
isu utama yang perlu kita lihat disini, penangkapan Dr Asri dibuat atas alasan kuliah tanpa tauliah. alasan yang cukup memalukan, meragukan dan meresahkan semua umat Islam di Malaysia. tauliah yang bagaimana lagi diperlukan; Dr Asri bekas Mufti, berkelulusan PhD, selalu diundanng berceramah dihadapan pemimpin negara merentas parti (PR dan BN), mempunyai satu program khas di Astro Oasis (Bahtera Perubahan), ada kolum khas di akhbar, seorang yang cukup profesional dan non-partisan.

Cukuplah, sedarlah wahai penguasa agama. Anda telah diberi amanah memikul tggjawab yg cukup besar untuk memakmurkan agama Islam di bumi Malaysia. jangan sesekali mempolitikkan agama, tetapi agamakan kembali politik yang sudah hilang arah tuju. Fokuskan, banteras, sifarkan, berkeras, dalam perkara yang lebih utama; ajaran sesat, palsu, murtad, masalah sosial dan sewaktu dengannya. Jangan kita sekat usaha untuk memurnikan ajaran Islam, tetapi beringat dengan fahaman dan pandangan yang salah disisi Islam.

Sekadar coretan ringkas kesedihan dihati dengan penguasa agama di Malaysia.

Sunday, November 01, 2009

Good Luck for Final!

salam persaudaran....

sedikit terlambat, tapi masih tak terlewat..untuk UDM, hari ini merupakan hari pertama bermulanya "final exam". justeru, saya nak ucapkan semoga berjaya menjawab soalan dengan yakin lagi tepat, insyaALLAH kita bakal beroleh kemanisan dan kegemilangan di slip peperiksaan nanti.

di kesempatan ini juga, saya sekali lagi ingin menzahirkan keikhlasan memohon maaf kepada semua individu jika ada terguris dihati, atau apa sahaja kesalahan sama ada secara zahir mahupun tidak.

Sekian, Jazakumullahukhairan kathira...wallahualam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...