salam perpaduan, dan salam 1 Malaysia tercinta..
sekitar jam 1 pagi tadi, saya cukup terkejut dengan satu mesej yg dihantar oleh sahabat baik MUSTAQIM DARUS "Dr Asri kena tangkap"...dari mata mengantuk tengah study "Entomology", terus segar. bingkas saya bangun dan online untuk mencari berita gempar berkenaan.
- situasi di lokasi Dr Asri ditahan -
Ya ALLAH, Dr Asri kena tahan oleh JAIS atas alasan "Kuliah tanpa tauliah". dan ketika berada di lokasi tempat ditahan, pegawai JAIS turut menyebut perkataan "Dr Asri berfahaman wahabi". Rakaman eksklusif Penangkapan Dr Mohd Asri Sumber: You Tube, Paradisewood Dr Maza. untuk lebih maklumat lanjut rentetan cerita;
- jam 12.15 tengah malam: sepasukan daripada anggota JAIS bersama sekitar 30 orang polis membuat tangkapan. sumber: Harakah Daily
- sekitar jam 3 pagi: Dr Asri dibebaskan, satu sidang media ringkas diadakan. sumber: Harakah Daily.
- 9 pagi: Dr Asri tiba di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Keramat untuk dakwaan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.
- 11.40 pagi: 2 orang pegawai JAIS tiba. 1 bon jaminan diadakan, pertuduhan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor, kepada satu perjanjian yang baru di mana Mohd Asri mungkin dipanggil oleh JAIS untuk siasatan lanjut. sumber: Mstar Online
- 1.50 petang: Dr Asri berada di Hotel Putra KL, menerima jemputan perbincangan bersama Datuk Jamil Khir. sumber: Minda Tajdid
- sekitar jam 3 pagi: Dr Asri dibebaskan, satu sidang media ringkas diadakan. sumber: Harakah Daily.
- 9 pagi: Dr Asri tiba di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Keramat untuk dakwaan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.
- 11.40 pagi: 2 orang pegawai JAIS tiba. 1 bon jaminan diadakan, pertuduhan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor, kepada satu perjanjian yang baru di mana Mohd Asri mungkin dipanggil oleh JAIS untuk siasatan lanjut. sumber: Mstar Online
- 1.50 petang: Dr Asri berada di Hotel Putra KL, menerima jemputan perbincangan bersama Datuk Jamil Khir. sumber: Minda Tajdid
- Dr Asri bersama media -
- Dr Asri menunjukkan surat dakwaan dari JAIS -
sehingga post ini ditulis, Dr Asri masih berada di Hotel Putra berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom. berikut dipaparkan sedikit sebanyak reaksi dan respons;
1. Ulasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. sumber: Mstar Online
2. Ulasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom. Sumber: Sinar Harian
3. Ulasan daripada Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim. Sumber: Mstar Online
4. Komen daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato Saifuddin Abdullah. Sumber: Facebook Dato Saifuddin
4. Ulasan daripada Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi. Sumber: blog episodeperjuangan
5. Ulasan daripada KETUA Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Sumber: Mstar Online
6. Mesej daripada Tun Abdul Rahman Yaakub. Sumber: Minda Tajdid
Pandangan saya:
isu utama yang perlu kita lihat disini, penangkapan Dr Asri dibuat atas alasan kuliah tanpa tauliah. alasan yang cukup memalukan, meragukan dan meresahkan semua umat Islam di Malaysia. tauliah yang bagaimana lagi diperlukan; Dr Asri bekas Mufti, berkelulusan PhD, selalu diundanng berceramah dihadapan pemimpin negara merentas parti (PR dan BN), mempunyai satu program khas di Astro Oasis (Bahtera Perubahan), ada kolum khas di akhbar, seorang yang cukup profesional dan non-partisan.
Cukuplah, sedarlah wahai penguasa agama. Anda telah diberi amanah memikul tggjawab yg cukup besar untuk memakmurkan agama Islam di bumi Malaysia. jangan sesekali mempolitikkan agama, tetapi agamakan kembali politik yang sudah hilang arah tuju. Fokuskan, banteras, sifarkan, berkeras, dalam perkara yang lebih utama; ajaran sesat, palsu, murtad, masalah sosial dan sewaktu dengannya. Jangan kita sekat usaha untuk memurnikan ajaran Islam, tetapi beringat dengan fahaman dan pandangan yang salah disisi Islam.
Sekadar coretan ringkas kesedihan dihati dengan penguasa agama di Malaysia.
2 comments:
org yg berjuang dlm agama akan ditolong oleh Allah
jaga Allah..
Allah jaga kita..
Post a Comment