Bismillah.
Kali ini, saya berhajat untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman diperolehi ketika lawatan pada 4 Februari hingga 6 Februari yg lepas. Lawatan ilmiah ini adalah dari kursus "Aquaculture (AQS 4063)", di bawah seliaan pasangan bahagia Mr Shazni & Mrs Shazni (Pn Shida). Lawatan selama 3 hari dan 3 malam, dan kepada 3 tempat berbeza;
1. Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (PPPAT), Jelebu.
2. Stesen Penyelidikan Akuakultur UPM, Puchong
3. AruaMotor Sdn Bhd, Rawang
Pengenalan
Sektor akuakultur adalah antara sektor yg paling maju berkembang dan mempunyai potensi yg tinggi. Di Malaysia, sektor ini menyumbangkan kira-kira 13% daripada Malaysia's production, satu angka yg cukup besar. Bayangkn pd tahun 2004 je, total aquaculture production adalah sebanyak 202, 225 metric tonne dengan nilai sebanyak RM 1, 264.5 MILLION. Tp realitinya, kita masih jauh dengan angka impian kerajaan, di bawah Third National Agricultural Policy (NAP3) yg mensasarkan total production sebanyak lebih 600, 000 metric tonne, dibandingkan dengan angka terkini pada 2007 yg hanya 220, 953 metric tonne, dan 2009 hanya antara 300, 000 metric tonne lebih. Perbezaan TIGA tahun antara 2004 dan 2007, cumalah hanya peningkatan sebanyak 18, 000 metric tonne. Masih jauh dari sasaran.
Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (PPPAT)
Bertempat di Gelami Lemi, Jelebu Negeri Sembilan. Berkeluasan lebih 300 ekar, menempatkan Kompleks Penyelidikan, Paya Buatan, Kolam Ikan, Dewan Serbaguna, Kuarters, dan sebgainya. Tiga teras utama penubuhan pusat penyelidikan ini adalah utk berfungsi sebagai pusat penyelidikan kepada ikan darat, serta pengaplikasian bioteknologi. Spesies tumpuan utama adalah ikan tilapia merah, biru, serta temoleh. Bangunan yg sgt besar ini menempatkn makmal tisu kultur,
(spesis Rotala Indica)
makmal ikan hiasan,
makmal genetik,makmal limnologi, makmal pengawetan ikan, makmal kesihatan ikan, dan makmal pemakanan ikan. PPPAT turut menjalankan kajian ikan kelah di Sg Petang, Tasik Kenyir. Sg Petang ini berfungsi sebagai "bank ikan kelah" dan sebagai konservasi biodiversiti.
Stesen Penyelidikan Akuakultur, UPM
Bertempat di Puchong, dan fokus utama stesen ini adalah lebih kepada ikan kelah, Malaysian Catfsih (ikan keli), Sea Bass (siakap), Malaysia Grouper (kerapu), dan Horse Shoe Crab. Banyak kemudahan disediakan khas untuk pembelajaran dan penyelidikan;
(kajian genetik)
(ikan laga/ sekila/ Beta Spescies)
Arua Motor Sdn Bhd
Sebuah syarikat yg menjalankan kegiatan akuakultur secara besar-besaran. Aktiviti utama; ikan keli, katak, arowana, dsb.
(proses "harvest"/ menuai ikan keli sedang dijalankan)
(katak)
sekian, terima kasih kerana meluangkan masa. saje nk berkongsi hal ehwal lawatan. jumpa lagi di post depan.. ;)
2 comments:
it haruan la... bukan keli..
aku saje jek nk test pengetahuan org.. ;D
Post a Comment