Followers

Saturday, September 05, 2009

Niat, Nawaitu

hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Menjelang ramadhan setiap kita berusaha meningkatkan pembersihan jiwa. Mendekatkan diri kepada Allah. Mengakui sesuatu yang benar itu benar sekalipun ia menyanggahi kepentingan dan kehendak diri kita. Mengakui yang salah itu salah, sekalipun kita sudah terbabit dengan yang salah tersebut.
niat bukanlah seperti yang dibayangkan oleh sesetengah pihak iaitu ucapan di lidah “sengaja aku berniat......." Niat adalah keazaman seseorangan untuk melakukan sesuatu tindakan. Dalamnya merangkumi segala yang tersirat di sebalik sesuatu perbuatan.
Ramai manusia yang lantang berniat di lidah, tetapi hasilnya kontang. Tidak kurang juga yang memberi hasil yang hebat, tapi sayang niatnya menyimpang. Moga kita dijauhi dari 2 spesies manusia ini.

Renungkanlah...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...