Followers

Monday, August 31, 2009

seuntai kata pemula bicara

salam perpaduan, salam muhibbah, salam aspirasi, salam 1 Malaysia

salam kepada semua..ramai yang bertanya sebelum ini, "asrul ada blog?". satu persoalan yang cukup kemas tapi mencemaskan. seolahnya, saya tertinggal jauh ke belakang apabila tidak turut serta bersama arus media. Maka bersempena dengan tarikh KEMERDEKAAN negara kita, saya ingin mengumumkan bahawa blog ini akan mula beroperasi secara rasmi.

Saya berharap rakan2 blogger terutama yang lebih senior dapat membantu dalam perkongsian pendapat dan hujah2 bernas dalam sama2 membina nilai pemikiran yang lebih mantap dan berkualiti. Moga dengan perkongsian pendapat di sini akan lebih merapatkan ukhwah sesama kita serta boleh menjulang budaya ilmu bukan budaya ampu, budaya amanah bukan budaya fitnah, dan budaya rasional bukan budaya personal.

Sekian sahaja dahulu melaporkan untuk post kali pertama. Wassalam.

"together we aspire, together we achieve"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...